Saturday, May 6, 2017

Tular : Whatsapp Saitifu Bahri Hentam Haji Hadi Awang?

HARI ini telah ditularkan 2  salinan whatsapps percakapan antara mantan pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang menyatakan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai terhutang budi dengan UMNO kerana RM 90 juta.

Tular salinan whatsapp berkenaan juga yang tertera nombor telefon menggunakan nama Md Satifu Bahri Mamat yang seakan nama mantan PJ Pas Terengganu yang telah digugurkan berkuatkuasa semalam selepas mesyuarat khas PAS Pusat.

Dalam kenyataan whatsapp salinan pertama itu berbunyi, *"ni puak mung banyak punoh.. wat punoh di haji hadi... dah masuk lubang bewok kedaroh dedok 90juta..bbagi sikit sorang... Hadi mkn gaji buta dalam dewan undangan trg...senyap tupah... dok bunyi sikit bila sidang dewan...jadi yes man...bantu umno.. Gaji dewan rakyat bentang ruu. Dok dan nak bahas...tembor lari...parokk bedal gaji elaun parliament..berat.....berlskin belake..."*

Manakala whatsapp salinan yang ke 2 pula berbunyi, *"ha ha ha...mung Puak pas pening leni.. Mana ada orang Umno jadi lakri ke pas leni...set umno suka selok Tengok set pas baham bodo di umno mereka tgk hj HADI dah masuk dalam perangkap rasuah defok 90 juta (duit rakyat hok najib curi) vibpas Puak bido ni).. Puak pas hj HADI terhegeh hegeh. Tersipu sipu Nok wat baik ke Umno kerana termakan budi kunun...Nik abduh pun baham di aduh...sakitnya kena bdo vi rasuah di Umno...ha ha ha...BASA set pas bodo...lepas pru14 set bodo bodo semelih PAS ni akan kena semeleh di Umno termasuk hj HADI... Nik Aduh... mohd amar...satipo bahari Mamat.. adun paka tu... ha ha ha...parook punoh Puak baru masuk dalam tong tahik ni... skali duk.."*


Dua salinan dari whatsapp mencerminkan pergolakan dalam PAS Terengganu khasnya yang mana pemberontakkan oleh adun paka yang dikatakan sudah mula menggerakkan untuk keluar PAS secara beramai-ramai.

Menurut sumber PAS dari Paka, Saitifu Bahri kini sedang membuka dan akan membuka segala aib yang disimpan selama ini ketika berada dalam kepimpinan PAS terutama di Terengganu.

Sumber turut berkata, selepas digugurkan dari jawatan PJ Pas Terengganu Saitifu sudah memaklumkan kepada orang-orang kanannya agar terus berusaha untuk mengumpul seramai mungkin penyokongnya dan menghantar bantahan menentang perlantikan Datuk Husin Awang sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru.

Kumpulan Saitifu berpandangan Datuk Husin ini adalah seorang yang sudah tidak boleh digunakan ideanya kerana beliau sudah pencen dari arena perjuangan parti Pas dan hanya menjadi pengikut yang setia sahaja.


PJ Pas Terengganu sepatutnya diberikan kepada anak jati Terengganu yang mana rata-rata yang ada semuanya berkebolehan dan mantap dalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment