Tuesday, October 31, 2017

PAS Akan Haramkan Semua Bentuk Hiburan Bila Memerintah Terengganu

Menurut sumber dari Batu Buruk, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengharamkan segala aktiviti sosial dan rekriasi yang menampakkan bentuk fizikal diseluruh Terengganu jika berjaya mentadbir selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.

PAS Terenggau akan menyerang dan membantah apa sahaja bentuk hiburan termasuk aktiviti riadah.

Terbaru satu kenyataan pemilik fb mengecam aktiviti senaman arobik, zumba, berbasikal yang mengenakan pakaian sukan dan rekabentuknya reka bentuknya nampak seperti seksi.

Perkara itu turut ditular oleh jentera Pas media sosial menerusi aplikasi whatsapp dan telegram.

Seperti biasa PAS akan nampak keburukan orang lain tetapi di program fastaqim mereka baru-baru ini kedudukan lelaki dan perempuan turut bercampur ketika ceramah dan lain-lain aktiviti. Boleh pula.


UMNO Kunci Tadika Kemas - Razali Idris

Taktik jahat UMNO yang menjadi propaganda sewaktu zaman pemerintahan PAS di Terengganu akhirnya dibongkarkan.

Menerusi sumber dari komen Facebook milik Abu Suffian Ibrahim selaku penyokong PAS, Pengerusi PPBM Terengganu, Razali Idris mendedahkan bahawa Tadika Kemas telah dikunci sendiri oleh orang-orang UMNO bagi memburukkan PAS.


Razali yang membuat pengakuan tersebut mahu penyokong PAS sedar bahawa propaganda UMNO adalah berniat jahat dan menyeru penyokong PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO pada PRU 14 yang akan datang.

Pakatan Harapan sentiasa membuka jalan kerjasama kepada mana-mana parti yang mempunyai visi yang sama dalam menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Di Terengganu; PPBM yakin PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan UMNO memandangkan dendam terdahulu yang pernah meruncing masih belum padam.

Walaupun ura-ura mengenai UG atau kerjasama PAS dan UMNO di peringkat pusat hangat diperkatakan, namun kerisauan ini tidak timbul di negeri Terengganu kerana PAS di negeri ini terus menggasak UMNO setiap hari.

Malah pendedahan yang dilakukan oleh PPBM turut menjadi bonus dan bantuan bahan kepada PAS dalam memperbaiki semula persepsi mengenai prestasi buruk parti itu sepanjang sepenggal memerintah negeri Terengganu.

Bodohlah Kalau Presiden PAS Sokong Bajet Najib


Pembangkang perlu kekalkan keperibadian sebagai pembangkang dan bukannya pembodek untuk dapatkan batuan kelebihan politik peribadi

Presiden PAS, Hadi nampaknya seperti makan nasi kangkang dan menjadi lembu cucuk hidung Najib dan bukanya lagi ingin bersama dengan Lim Kit Siang yang terkenal sebagai ahli politik paling bijak di Malaysia dan de facto leader itu juga disegani di rantau Asia.

Mahfuz yang tiada dosa dengan PAS adalah mangsa terbaru hubungan Hadi dan UMNO. Jasa Mahfuz selama ini yang turut menjulang nama PAS seantero dunia tidak dipandang oleh PAS.

Sumber dari Batu Buruk dan Wakaf Mempelam mengatakan bahawa Timbalan Presidn PAS, Yang Berbahagia Tuan Ibrahim Tuan Man adalah calon sesuai menggantikan Hadi Awang sekiraya ingin melihat PAS berada di landasan islam yang betul seperti dahulu.

Hubungan teramat baik antara beliau dan kepimpinan Pakatan Harapan terutamanya Lim Kit Siang adalah factor beliau mendapat sokongan dari kesemua pemimpin gabungan pakatan dan bukannya anak Hadi yang disebut-sebut sebagai ganti tempat Presiden PAS itu.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Bodoh @ Hazri Hisham Yang CERDIK?

BEBERAPA minggu ini banyak gimik politik berlaku disekitar kawasan jajahan ahli Parlimen Hulu Terengganu dimana kerana silap pemilihan parti dan penasihat parti.

Ada dari kalarangan mereka yang menampilkan diri sebagai strategik YB dan juga parti dan hakikatnya untuk memecah belahkan parti yang mendominasi parlimen tersebut.

Ramai yang mengambil peluang diatas satu kumpulan aplikasi whatsapp kononnya dinamakan dengan Parlimen & Dun Hulu Terengganu yang menampilkan seorang otak mereng.

Dalam beberapa akhbar yang dibayar ruangan  untuk menerbitkan artikelnya dengan meletakkan diri sebagai Penganalisis Politik Dan Ekonomi Strategic, Leadership & Reseach Institute, Hazri Hisham Ab Wahab menggunakan sepenuhnya untuk merosakan parti dominan parlimen tersebut.


Dikatakan beliau banyak membantu ahli parlimen Hulu Terengganu untuk memecahbelahkan kepimpinan hulu dengan pelbagai strategi penhancuran kemuafakatan parlimen tersebut sehinggakan ahli parlimen temakan dengan angan-angan beliau.

Nyata orang seperti beliau bukan sahaja akan akan merosakan parti UMNO malah akan menjadikan kekuatan kepada PAS di Hulu Terengganu.


Dikatakan juga beliau adalah bekas seorang perang saraf yang pernah bernaung dibawah sebuah portal yahudi Malaysia aiitu Malaysia Kini yang mana dimiliki oleh beberapa orang kepimpinan DAP.


Beliau juga bergandingan dengan seorang askar pencen yang dikenali sebagai Pok Wahad yang kadangkalanya pemikiran tidak betul kerana kerosakkan saraf otok turut menjadi orang kanan dan kepercayaan YB Ahli Parlimen tersebut.