SEJAK
kebelakang ini ramai sahaja yang kita dengar berkaitan senario politik parti
baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mempunyai pelbagai masalah
dalam mereka.
Sebelum
ini di negeri Sembilan seramai 500 orang ahli parti itu keluar dari PPBM dan
bertindak berada dalam keadaan bebas tanpa menyokong mana-mana parti yang ada
dan terkini turut berlaku dinegeri Terengganu.
Beberapa
keping gambar yang telah ditularkan dimedia sosial berkaitan ahli PPBM
Terengganu terutamanya di dewan undangan Bukit Besi telah bertindak keluar dari
parti itu beramai-ramai.
Dijangkakan
seramai 50 ahli PPBM telah kembali menyertai UMNO dan mereka berpendapat
PPBM hanya mahukan kuasa untuk
kepentingan kroni dan kelangsungan hidup keluarga Mahathir Mohamad.
Menurut
Mamat Jusoh, beliau dan rakan-rakan yang lain sudah tidak percaya kepada PPBM
kerana terlalu banyak rahsia didalam parti itu yang dapat beliau lihat.
Katanya,
secara dasarnya dalam parti itu sememangnya diletak duit dihadapan dan jika
mempunyai duit semuanya boleh terjadi dan kita sebagai ahli parti tidak
mempunyai apa-apa sedangkan setiap masa kita dikerah untuk menjalankan
tugas-tugas parti.
Tambahnya
lagi, Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir hanya mahu mengembangkan pengaruhnya di Terengganu
ini untuk jawatan Presiden Parti dan mengekalkan jawatan sedia ada untuk
kelangsungan politik selepas PRU 14 nanti.
Untuk
menjadi presiden PPBM, Mukhriz Mahathir harus menyusun orang-orang
kepercayaannya disetiap negeri dan sebagai contoh dinegeri Terengganu ini
dimana Razali Idris sebagai penggeraknya.
Razali
kita sedia maklum akan keakraban beliau dengan Mukhriz dan telah dilantik
menjadi Pengerusi PPBM bagi negeri Terengganu dan menidakkan usaha awal yang
dilakukan Mastura.
Pada
dasarnya Mastura yang paling layak diangkat menjadi pengerusi PPBM Terengganu
memandangkan beliau yang menggerakkan PPBM di Terengganu ini semasa diperingkat
penajaan dan mengumpul ahli-ahli di Terengganu.
Disini
kita dapat melihat bahawa kroni sahaja yang layak untuk berada dalam PPBM dan
bukan sepertimana yang diwar-warkan selama ini didalam siri pertemuan dan
ceramah yang diadakan sebelum ini.
Malangnya
kuasa untuk keseluruhan negeri Terengganu ini terletak kepada Mukhriz Mahatahir
dan buka Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin yang boleh dianggap sebagai
lembu Mahathir yang telah dicucuk hidungnya, katanya Mamat.
Disebabkan
itulah, desa desus ramai yang dulu menyokong UMNO dan menyertai PPBM turut sama akan kembali kepangkuan UMNO
setelah RAHSIA sebenar terbongkar dan ditambahkan lagi sikap Mahathir yang
menghalalkan apa sahaja demi keluarga beliau terus bernafas.
Semasa
Mahathir berada dalam UMNO dan BN, beliau yang paling lantang menghentam DAP
dan Lim Kit Siang dan juga sekarang ini pula berbeza dengan jalinan politik DAP
kerana dendam terhadap UMNO yang telah banyak berjasa kepada keluarga beliau.
Kata Mamat lagi, kita sebagai orang melayu tidak mahu ditipu lagi dengan agenda politik kotor Mahathir dan keluarganya yang menggunakan bangsa serta agama untuk terus menguasai wang ringgit dan bukan perjuangan sebenar sepertimana yang dilaung-laungkan.
Razali kita semua sedia maklum dari keluarga nelayan yang sekarang ini hidup dengan kemewahan dari hasil bersama UMNO BN serta mendapat puluhan hektar tanah sbelum ini telah bertindak meninggalkan UMNO kerana termakan budi dengan Mahathir dan Mukhriz?
