Wednesday, November 15, 2017

PAS melakukan gerak kerja politik terancang

PAS Terengganu yang membuat kunjungan ke Bangladesh adalah bertujuan untuk mencari pengundi hantu yang mana akan memberi tiket penerbangan, permit serta passport untuk dibawa bekerja di Terengganu dalam tempoh 6 bulan permit.

Turut mengikuti rombongan itu 8 wakil Badan Perhubungan PAS Terengganu diketuai oleh Tuan Hj Yahaya Ali, dua orang aktivis Kumpulan Media Indipenden -KAMI (Sazali dan Azizah) , seorang wakil Dewan Muslimat PAS Pusat -DMPM (Normala Sudirman), sukarelawan PASRelief dari Selangor (Azwan), Kedah (Hafiz), Kelantan yang juga mewakili Cakna Palestin (Abdul Shakur Shaarie), Abu Dhabi UAE (Zulqarnain) dan Turki (Mas’ud).

Menurut sumber risikan yang dibuat oleh agen di Bangladesh, tujuan sebenar Pas ke Negara itu hanya mencari pengundi hantu yang diketua Adun Alor Limbat Ariffin Deraman dan Wan Sukairi Wan Abdullah.

Mereka mengaburi mata rakyat Malaysia dengan misi bantuan kepada pelarian Rohingya yang ditempatkan di kempelarian COX’S BAZAR dengan membawa bekalan dari Malaysia dan juga bekalan yang dibeli di Bangladesh.

Tektik itu Berjaya mengaburi mata pihak berkuasa Malaysia ketika ini dengan mempamerkan aktiviti mereka sepanjang berada di Negara tersebut.

Rakyat Malaysia harus peka dengan gerak kerja halus yang dilakukan PAS sekarang ini kerana mereka telah hilang arah tuju politik mereka kerana bertindak dan membuat keputusan untuk bersendirian menghadapi PRU 14 nanti.

Apa yang pasti, tiga bulan sebelum pilihanraya aka nada kemasukan warga Bangladesh masuk kenegarai ini terutamanya di negeri-negeri target mereka, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Selain itu, rakyat malaysia turut bertanya kemanakah semuanya hasil kutipan derma rakyat seluruh negara yang telah berjaya dikutip sehingga RM 2,500,000 juta sebelum ke Bangladesh dan apa yang dibawa kenagra itu hanya RM500 ribu sahaja?

Kemana duit baki RM 2.0 juta itu pergi??????


Saturday, November 11, 2017

Amanah Pilihan Pengundi Wakaf Mempelam



SEMALAM program turun pada Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) P036 Kuala Terengganu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mendapat sambutan yang baik.

Pada sebelah petang, Pengerusi Amanah Negeri Terengganu mengrangkap Pengerusi Pakatan Harapan Negeri YM Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turun bersama Zubir Mohamad Pengarah Komunikasi Amanah Terengganu di dalam DUN berkenaan.

Dalam program ziarah kasih Amanah, Raja Bahrin sempat menziarahi beberapa warga Wakaf Mempelam yang uzur dan miskin dengan membawa sekali hamper sumbangan untuk mereka.

Zubir yang juga bakal calon Amanah Dun Wakaf Mempelam turut memberi sumbangan peribadi kepada rakyat yang dilawati dan pada sebelah malam juga diadakan ceramah santai bersama penduduk Kampung Panji.

Ramai yang menghadiri ceramah tersebut terutamanya bekas-bekas ahli Pas yang telah berjuang bersama Raja Bahrin semasa PRU ke 13 yang lalu di Padang Bola Sepak Kampung Panji.

Menurut  seorang bekas ahli Pas kawasan tersebut yang mahu dikenali sebagai Pok Leh,56, beliau dan beberapa rakan keluar dari Pas kerana kepimpinan Pas hari ini sudah jauh terpesong.

Katanya, sejak 30 tahun lalu belaiu sangat kuat bekerja untuk Pas dan sehinggalah banyak keburukan yang Pas lakukan demi mengetatkan poket mereka sendiri.

'Kami dikawasan kampung dibiarkan tanpa arah tuju dan disuruh derma jihad setiap kali diadakan ceramah dan program-program parti tetapi mereka diatas makan besar setiap kali program diadakan,

'Saya berjihad dengan Pas sudah hampir 30 tahun akan tetapi segala keringat kita di akar umbi dipandang dingin dan sepi oleh wakil rakyat dan juga kepimpinan Pas kawasan ini,

'Mereka tidak pernah ambil tahu, kami semua makan atau tidak sepanjang hari dan apa yang mereka tahu kami sokong mereka walau kami mempunyai anak serta keluarga untuk ditanggung perbelanjaan seriap hari,

'Kevaknaan pemimpin Pas terhadap ahli diakar umbi jauh bezanya dengan orang-orang umno dan juga Amanah dimana mereka sanggup turun melihat sendiri kita diperingkat bawah walaupun jarang-jarang', katanya dengan nada kesal.

Tambahnya, kalau dilihat malam ini, kita tidak lah seramai program-program Pas adakan tetapi ramai dari kalangan kawan-kawan seangkatan saya dari kawasan ini hanya menunggu hari pembuangan udi sahaja.


Katanya lagi, memang ramai yang beralih arah kali ini dalam diam bak kata pepatah melayu "ibarat ular yang menyusur akar" dan kita tunggu dan lihatlah apa yang berlaku nanti.


Tuesday, October 31, 2017

PAS Akan Haramkan Semua Bentuk Hiburan Bila Memerintah Terengganu

Menurut sumber dari Batu Buruk, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengharamkan segala aktiviti sosial dan rekriasi yang menampakkan bentuk fizikal diseluruh Terengganu jika berjaya mentadbir selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.

PAS Terenggau akan menyerang dan membantah apa sahaja bentuk hiburan termasuk aktiviti riadah.

Terbaru satu kenyataan pemilik fb mengecam aktiviti senaman arobik, zumba, berbasikal yang mengenakan pakaian sukan dan rekabentuknya reka bentuknya nampak seperti seksi.

Perkara itu turut ditular oleh jentera Pas media sosial menerusi aplikasi whatsapp dan telegram.

Seperti biasa PAS akan nampak keburukan orang lain tetapi di program fastaqim mereka baru-baru ini kedudukan lelaki dan perempuan turut bercampur ketika ceramah dan lain-lain aktiviti. Boleh pula.


UMNO Kunci Tadika Kemas - Razali Idris

Taktik jahat UMNO yang menjadi propaganda sewaktu zaman pemerintahan PAS di Terengganu akhirnya dibongkarkan.

Menerusi sumber dari komen Facebook milik Abu Suffian Ibrahim selaku penyokong PAS, Pengerusi PPBM Terengganu, Razali Idris mendedahkan bahawa Tadika Kemas telah dikunci sendiri oleh orang-orang UMNO bagi memburukkan PAS.


Razali yang membuat pengakuan tersebut mahu penyokong PAS sedar bahawa propaganda UMNO adalah berniat jahat dan menyeru penyokong PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO pada PRU 14 yang akan datang.

Pakatan Harapan sentiasa membuka jalan kerjasama kepada mana-mana parti yang mempunyai visi yang sama dalam menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Di Terengganu; PPBM yakin PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan UMNO memandangkan dendam terdahulu yang pernah meruncing masih belum padam.

Walaupun ura-ura mengenai UG atau kerjasama PAS dan UMNO di peringkat pusat hangat diperkatakan, namun kerisauan ini tidak timbul di negeri Terengganu kerana PAS di negeri ini terus menggasak UMNO setiap hari.

Malah pendedahan yang dilakukan oleh PPBM turut menjadi bonus dan bantuan bahan kepada PAS dalam memperbaiki semula persepsi mengenai prestasi buruk parti itu sepanjang sepenggal memerintah negeri Terengganu.

Bodohlah Kalau Presiden PAS Sokong Bajet Najib


Pembangkang perlu kekalkan keperibadian sebagai pembangkang dan bukannya pembodek untuk dapatkan batuan kelebihan politik peribadi

Presiden PAS, Hadi nampaknya seperti makan nasi kangkang dan menjadi lembu cucuk hidung Najib dan bukanya lagi ingin bersama dengan Lim Kit Siang yang terkenal sebagai ahli politik paling bijak di Malaysia dan de facto leader itu juga disegani di rantau Asia.

Mahfuz yang tiada dosa dengan PAS adalah mangsa terbaru hubungan Hadi dan UMNO. Jasa Mahfuz selama ini yang turut menjulang nama PAS seantero dunia tidak dipandang oleh PAS.

Sumber dari Batu Buruk dan Wakaf Mempelam mengatakan bahawa Timbalan Presidn PAS, Yang Berbahagia Tuan Ibrahim Tuan Man adalah calon sesuai menggantikan Hadi Awang sekiraya ingin melihat PAS berada di landasan islam yang betul seperti dahulu.

Hubungan teramat baik antara beliau dan kepimpinan Pakatan Harapan terutamanya Lim Kit Siang adalah factor beliau mendapat sokongan dari kesemua pemimpin gabungan pakatan dan bukannya anak Hadi yang disebut-sebut sebagai ganti tempat Presiden PAS itu.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Bodoh @ Hazri Hisham Yang CERDIK?

BEBERAPA minggu ini banyak gimik politik berlaku disekitar kawasan jajahan ahli Parlimen Hulu Terengganu dimana kerana silap pemilihan parti dan penasihat parti.

Ada dari kalarangan mereka yang menampilkan diri sebagai strategik YB dan juga parti dan hakikatnya untuk memecah belahkan parti yang mendominasi parlimen tersebut.

Ramai yang mengambil peluang diatas satu kumpulan aplikasi whatsapp kononnya dinamakan dengan Parlimen & Dun Hulu Terengganu yang menampilkan seorang otak mereng.

Dalam beberapa akhbar yang dibayar ruangan  untuk menerbitkan artikelnya dengan meletakkan diri sebagai Penganalisis Politik Dan Ekonomi Strategic, Leadership & Reseach Institute, Hazri Hisham Ab Wahab menggunakan sepenuhnya untuk merosakan parti dominan parlimen tersebut.


Dikatakan beliau banyak membantu ahli parlimen Hulu Terengganu untuk memecahbelahkan kepimpinan hulu dengan pelbagai strategi penhancuran kemuafakatan parlimen tersebut sehinggakan ahli parlimen temakan dengan angan-angan beliau.

Nyata orang seperti beliau bukan sahaja akan akan merosakan parti UMNO malah akan menjadikan kekuatan kepada PAS di Hulu Terengganu.


Dikatakan juga beliau adalah bekas seorang perang saraf yang pernah bernaung dibawah sebuah portal yahudi Malaysia aiitu Malaysia Kini yang mana dimiliki oleh beberapa orang kepimpinan DAP.


Beliau juga bergandingan dengan seorang askar pencen yang dikenali sebagai Pok Wahad yang kadangkalanya pemikiran tidak betul kerana kerosakkan saraf otok turut menjadi orang kanan dan kepercayaan YB Ahli Parlimen tersebut.

Sunday, September 24, 2017

Fastaqim 2.0 Tok Jembal Langgar UNDANG-UNDANG

Fastaqim 2.0.jpg

FASTAQIM 2.0 Langgar Undang-Undang Tempatan(TIADA PERMIT)

Fastaqim 2.0 yang bakal berlangsung pada 30 Oktober ini di Kampung Tok Jembal Kuala Nerus tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa keselamatan (PDRM) untuk diadakan.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak memohon permit dengan kedua-dua pihak berkuasa berkenaan dan mereka telah melanggar undang-undang yang telah terkandung dalam akta pengajuran atau himpunan ditempat awam tanpa kebenaran.

Menurut satu laman page Awang Otai, laman tersebut memuat naik satu status yang berbunyi “Fastaqim 2.0 yang bakal diadakan di Kampung Tok Jembal Kuala Nerus pada 30 Oktober 2017 ini tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.Betul ke?”

“Dalam penilaian Awang Otai, program yang dianjurkan oleh PAS itu tidak mendapat permit oleh PBT dan juga pihak berkuasa seperti PDRM dan sebagainya keran terlalu hampir dengan kediaman rakyat.”

“Dijangka 300 ribu ahli PAS akan membanjiri Fastaqim 2.0 kali ini dan akan membuatkan jalan-jalan sekitar sesak serta menganggu urusan harian penduduk dikawasan tersebut.”

“Pemilihan tempat yang tidak sesuai kerana jalan tersebut adalah jalan utama kepada rakyat dikawasan sekitar.” - dari Awang Otai.

Ada kebenaran dari laman page berkenaan berkaitan isu TIADA Permit untuk himpunan tersebut.


fas.jpg

Sebagai parti politik yang berteraskan agama islam maka wajar setiap tindakan dan perananan berpandukan Al Quran dan Hadis.

Dinegara dan negeri Terengganu khasnya sudah terbina undang-undangnya sendiri jika semua rakyat tidak mengikuti undang-undang yang digubalkan maka mereka juga melanggar syariat dan ajaran Islam.

PAS yang berperanan sebagai sebuah parti yang diuar-uarkan memperjuangkan Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam sepenuhnya jika tidak memihak kepada parti itu dan bagi yang menentang mereka dinggap kafir.