Saturday, March 18, 2017

Razali Tinggalkan UMNO Kerana Sudah Tidak Dapat SAKAU Lagi

RATA-rata apabila ditilik pandang soal politik Terengganu minggu ini banyak diceritakan dengan kehadiran semasa ceramah PPBM di Ajil malam jumaat yang lalu (17 Mac 2017).

Beberapa orang pengerak penting PPBM tampil menjawap dengan isu 400 orang kehadiran malam tersebut seperti Ketua Bahagian PPBM Kuala Nerus Datuk Razali Idris, Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus Hambali Abdul Latif  dan saudara Nasyuha Fadzly antar pengerak penting PPBM Terengganu menjawab isu 400 ini.

Apa yang nak dibimbangkan sangat pasal artikel Terengganu Times itu, ramai rakyat tahu bahawa portal itu tiada pembacanya dan tiada penajanya seperti mana PPBM yang mempunyai banyak dan tersembunyi.

Disini penulis ingin menawarkan khidmat artikel kepada PPBM dengan bayaran yang boleh dipertimbangkan .. kih..kih..kih... jika ada yang berminat?

Sebenarnya Razali Idris ini mengamalkan gaya hidup yang mewah, apabila dilihat UMNO sudah tidak dapat memberikannya Wang serta menguntungkan beliau maka ditinggalkan UMNO demi WANG RINGGIT.

Memang benar perjuangan beliau semata-mata untuk WANG sahaja dan bukan perjuangan ASLI yang diterapkan oleh kepimpinan UMNO  Terdahulu.

Menurut beberapa sumber di Terengganu kini, Razali tinggalkan UMNO kerana beliau ditamatkan KONTRAK menjadi pengerusi sebuah anak syarikat kerajaan (GLC) dan telah GAGAL membawa perubahan serta keuntungan kepada syarikat, maka tindakan menamatkan kontrak lebih awal membuatkan Razali berpatang arang.

Dikatakan juga Razali ini pernah menjadi kempen manager kepada Mukhriz Mahathir di Terengganu ketika pemilihan Pemuda UMNO peringkat pusat dimana ketika itu Mukhriz berlawan dengan Khairy Jamaluddin dan kedua-dua GAGAL disebabkan diketuai oleh orang yang TERTULISnya GAGAL.

JIKA ARTIKEL INI TIDAK BENAR, sila buat PENJELASAN atau Penafian BERSUMPAH !!

UMUM sedia maklum bahawa hobinya dengan 4 x 4 dan kegilaan itu juga dihabiskan wang ringgit untuk hobinya itu ditambahkan lagi semasa dalam UMNO banyak tanah-tanah terbiar disakaunya di sekitar jajahan Marang.

Berbalik kepada politik kenapa Razali tinggalkan UMNO !!!

Selepas pelbagai usaha untuk mendapatkan wang dengan kerajaan BN Terengganu GAGAL dan sudah kalah berkali-kali kalah dalam pemilihan parti lalu baginya UMNO sudah tidak ada apa-apa yang perlu ditunggu lagi.

Maka disaat kecelaruan itu juga dihulurkan tangan oleh Mukhriz dengan perjanjian membawa PPBM ke Terengganu dan menarik ahli disini.

Dan hari ini beliau juga GAGAL membawa keluar rakyat yang mana 3 serangkai tertinggi parti itu ke Terengganu.

Takkan dengan populariti jasa 22 tahun menjadi perdana menteri tidak dapat menarik rakyat ke ceramah itu?

Takkan dengan populariti mantan perdana menteri tidak dapat menarik rakyat ke ceramah itu?

Dan takkan populariti mantan Menteri Besar pun tidak dapat menaraik mini rakyat ke ceramah itu?

Apa yang PASTI rakyat negeri ini cukup matang dalam soal berpolitik dan kehidupan seharian dan pernah hidup dalam kegelapan penjajahan selama 5 tahun dibawah naungan PAS.








Monday, March 6, 2017

RAMPAS WANG EHSAN UNTUK KUSZA, TATI DAN SEKOLAH AGAMA







Rakyat telah sedar bahawa setiap tindak tanduk Kerajaan Pas telah merosakkan system pendidikan di Kolej Agma Sultan Zainal Abidin (KUSZA)(kini Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Institut Lanjutan Teknikal Terengganu (TATI) (kini Kolej Universiti TATI).



WANG ZAKAT BAYAR ELAUN KADER PAS






Kerajaan Pas telah melantik 320 orang seluruh negeri, iaitu 10 orang bagi setiap DUN bagi membantu YB dan pemimpin Pas.

Mereka bergerak seluruh negeri membuat sesi penerangan dan ceramah bagi pihak Pas dengan menggunakan nama mubaligh, tetapi sebenarnya kader politik.


Setiap kader dibayar dengan wang zakat antara RM600 hingga RM800 sebulan atas nama musafir. Zaman pemerintahan Pas, duit zakat digunakan bagi tujuan propaganda dan gerak saraf politik!

BERI ZAKAT KEPADA ANAK EXCO



Kerajaan Pas melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang dipegerusikan MB telah luluskan peruntukkan zakat di bawah asnaf ‘fi sabilillah’ kepada EXCO, iaitu Dato’ Abu Bakar Chik dan Abu Bakar Abdullah.

Ketika pendedahan dibuat, Hadi buat penafian dan minta bukti dalam tempoh 24 jam.

Setelah dibuktikan, Hadi jawab EXCO berkenaan tidak tahu anak mereka perolehi zakat daripada Maidam dan sanggup bayar balik.

Kata Hadi, “Wakil rakyat kita nak bayar balik. Dia dah tahu (anak ambil wang zakat), dia nak bayar balik”.

Dua orang anak Abu Bakar Chik terima wang zakat iaitu Ahmad Izzuddin Abu Bakar dan Abdullah Basri Abu Bakar. Manakala tiga orang anak Abu Bakar Abdullah, Tuan Noor Fadhilah Abu Bakar, Tuan Izzuddin Abu Bakar dan Tuan Mohd Mujahid Abu Bakar.

Anak EXCO begitu mudah dapat wang zakat, sedangkan orang miskin yang sangat memerlukan terpaksa merayu setelah namanya tercicir. Alasanya kerana permohonan itu tidak disertakan surat sokongan daripada parti Pas.

Zaman pemerintahan Pas, syarat layak zakat ialah mempunyai surat sokongan daripada parti Pas?