Kerajaan
Pas melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang
dipegerusikan MB telah luluskan peruntukkan zakat di bawah asnaf ‘fi
sabilillah’ kepada EXCO, iaitu Dato’ Abu Bakar Chik dan Abu Bakar Abdullah.
Ketika
pendedahan dibuat, Hadi buat penafian dan minta bukti dalam tempoh 24 jam.
Setelah
dibuktikan, Hadi jawab EXCO berkenaan tidak tahu anak mereka perolehi zakat
daripada Maidam dan sanggup bayar balik.
Kata
Hadi, “Wakil rakyat kita nak bayar balik. Dia dah tahu (anak ambil wang zakat),
dia nak bayar balik”.
Dua
orang anak Abu Bakar Chik terima wang zakat iaitu Ahmad Izzuddin Abu Bakar dan
Abdullah Basri Abu Bakar. Manakala tiga orang anak Abu Bakar Abdullah, Tuan
Noor Fadhilah Abu Bakar, Tuan Izzuddin Abu Bakar dan Tuan Mohd Mujahid Abu
Bakar.
Anak
EXCO begitu mudah dapat wang zakat, sedangkan orang miskin yang sangat
memerlukan terpaksa merayu setelah namanya tercicir. Alasanya kerana permohonan
itu tidak disertakan surat sokongan daripada parti Pas.
Zaman
pemerintahan Pas, syarat layak zakat ialah mempunyai surat sokongan daripada
parti Pas?

No comments:
Post a Comment