HARI
ini telah ditularkan 2 salinan whatsapps percakapan antara mantan
pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang menyatakan Tuan Guru Abdul Hadi Awang
sebagai terhutang budi dengan UMNO kerana RM 90 juta.
Tular
salinan whatsapp berkenaan juga yang tertera nombor telefon menggunakan nama Md
Satifu Bahri Mamat yang seakan nama mantan PJ Pas Terengganu yang telah
digugurkan berkuatkuasa semalam selepas mesyuarat khas PAS Pusat.
Dalam kenyataan whatsapp salinan pertama itu berbunyi,
*"ni
puak mung banyak punoh.. wat punoh di haji hadi... dah masuk lubang bewok
kedaroh dedok 90juta..bbagi sikit sorang... Hadi mkn gaji buta dalam dewan
undangan trg...senyap tupah... dok bunyi sikit bila sidang dewan...jadi yes
man...bantu umno.. Gaji dewan rakyat bentang ruu. Dok dan nak bahas...tembor
lari...parokk bedal gaji elaun parliament..berat.....berlskin belake..."*
Manakala
whatsapp salinan yang ke 2 pula berbunyi, *"ha
ha ha...mung Puak pas pening leni.. Mana ada orang Umno jadi lakri ke pas
leni...set umno suka selok Tengok set pas baham bodo di umno mereka tgk hj HADI
dah masuk dalam perangkap rasuah defok 90 juta (duit rakyat hok najib curi)
vibpas Puak bido ni).. Puak pas hj HADI terhegeh hegeh. Tersipu sipu Nok wat
baik ke Umno kerana termakan budi kunun...Nik abduh pun baham di
aduh...sakitnya kena bdo vi rasuah di Umno...ha ha ha...BASA set pas
bodo...lepas pru14 set bodo bodo semelih PAS ni akan kena semeleh di Umno
termasuk hj HADI... Nik Aduh... mohd amar...satipo bahari Mamat.. adun paka
tu... ha ha ha...parook punoh Puak baru masuk dalam tong tahik ni... skali
duk.."*
Dua
salinan dari whatsapp mencerminkan pergolakan dalam PAS Terengganu khasnya yang
mana pemberontakkan oleh adun paka yang dikatakan sudah mula menggerakkan untuk
keluar PAS secara beramai-ramai.
Menurut
sumber PAS dari Paka, Saitifu Bahri kini sedang membuka dan akan membuka segala
aib yang disimpan selama ini ketika berada dalam kepimpinan PAS terutama di
Terengganu.
Sumber
turut berkata, selepas digugurkan dari jawatan PJ Pas Terengganu Saitifu sudah
memaklumkan kepada orang-orang kanannya agar terus berusaha untuk mengumpul
seramai mungkin penyokongnya dan menghantar bantahan menentang perlantikan Datuk
Husin Awang sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru.
Kumpulan
Saitifu berpandangan Datuk Husin ini adalah seorang yang sudah tidak boleh
digunakan ideanya kerana beliau sudah pencen dari arena perjuangan parti Pas
dan hanya menjadi pengikut yang setia sahaja.
PJ
Pas Terengganu sepatutnya diberikan kepada anak jati Terengganu yang mana
rata-rata yang ada semuanya berkebolehan dan mantap dalam perjuangan.

